CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 6, 2011

permata yang dicari.

:: WANITA IDAMAN ::


Wanita idaman lelaki ialah   
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah  
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan
orang2 berjuang di jalan Allah .

 
Wanita idaman lelaki ialah  
yang menjaga tutur katanya 
 yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya 
 yang sentiasa berbuat kebajikan
kerana sifatnya yang penyayang .
 
Wanita idaman lelaki ialah  
wanita yang menghormati ibunya 
 yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga 
 yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
 yang mengamalkan hidup penuh sederhana 
 kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .
 
Wanita idaman lelaki ialah  
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
 yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat
 yang boleh diajak berbincang dan berbicara
 yang menjaga matanya dari berbelanja
 yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .
 
Wanita idaman lelaki ialah
yang sentiasa mengingati mati
 yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
 yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
 agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
 meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .
 
Wanita idaman lelaki ialah
 yang tidak terpesona dengan buaian dunia 
 kerana dia mengimpikan syurga 
 di situlah rumah idamannya
 dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya
 
moga saye mmpu menjadi seperti ini =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers